Kek ini resepi dari blog kakzai (teratakimpian).... tq kakzai...
RESEPI RED VELVET CAKE
source : joy of baking
terjemahan : hanamemories.blogspot.com
Sumber III : @Teratakimpian
Bahan-bahan
Bahan Kek
• 250g tepung kek *
• 1/2 sk garam *
• 15g @ 2 sudu besar serbuk koko * (bahan * ayak)
• 113g @ 1/2 cawan butter
• 160g gula kastor - resepi asal 300g
• 2 biji telur gred A - hana gune 3 biji size M
• 1sk esen vanila
• 240ml @ 1 cawan buttermilk - jika tiada ikut cara dibawah
• 2sm liquid merah @ 4sm serbuk pewarna merah - hana buh 1sm jer - bleh ltk 2sm
• 1 sk cuka
• 1 sk soda bikarbonat
Cream Cheese Frosting
• 227g cream cheese
• 227 mascarpone - hana ganti cream cheese
• 115g @ 1 cawan gula kastor
• 360ml @ 11/2cawan whipping cream
• hana tambah susu segar sedikit utk frosting yg agak lembut
Chocolate Ganache Frosting..
• 114 grams cooking chocolate...dipotong kecik2 dan masukkan dalam mangkuk..
• 90 ml whipping cream
• 1/2 sudu besar butter...
Cara-cara
• Cara penyediaan buttermilk - Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15min sehingga susu jadi agak pekat. Boleh gantikan cuka dengan jus lemon atau cream of tartar dgn sukatan yang sama.
• Panaskan oven suhu 170darjah celcius. Sapu loyang dengan butter.
• Dalam mangkuk, satukan gula dan juga butter. Pukul hingga lembut lebih kurang 1-2minit.
• Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar hingga kembang dan gebu.
• Dalam cawan buttermilk satukan dengan pewarna merah dan kacau sebati hingga pewarna tidak berketul2.
• Kurangkan kelajuan mixer, masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk sebanyak 3 kali. (tepung,buttermilk,tepung,buttermilk,tepung)
• Mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat dan juga cuka hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balikkan sebati.
• Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40min atau sehingga masak. Cucuk lidi dahulu untuk memastikan kek masak. Jika bersih tandanya sudah masak.
• Sejukkan di atas redai kemudian belah 3 atau 4 bahagian.
• Sementera menunggu kek sejuk, sediakan cream cheese frosting. Satukan creamcheese dan mascarpone cheese dan putar sehingga smooth. Masukkan pula gula dan juga esen dan terus memukul hingga smooth lagi. Sapukan setiap lapisan kek dan hias ikut suka.
• Sejukkan di dalam peti ais dahulu untuk kenikmatan yang berganda.
• Sebelum tuang ganache coklat perlu diputarkan whipping cream + butter dimasukkan kedalam bekas yang sesuai dan dimasak diatas api kecik sehingga mula mendidih...
• Tuangkan kedalam cooking chocolate ...kacau sebati sampai chocolate cair.....
• Chocolate Ganache....siap dah...
• Keluarkan kek semula kemudian bolehlah dituang coklat ganache.
• Potong dan hidangkan.
Permata Hati
Showing posts with label ~ Kek ~. Show all posts
Showing posts with label ~ Kek ~. Show all posts
Monday, May 9, 2011
~ Hari Ibu ~
8 Mei 2011 merupakan Hari Ibu... buat ibuku tersayang Puan Hajah Siti Habsah aku amat menghargai jasa dan pergorbananmu selama ini... dari aku kecil sehinggalah aku sudah menjadi ibu... aku amat berterima kasih atas tunjuk ajar serta kasih sayang yang diberikan.... aku rasa masih belum terbalas segala pengorbanan yang kau curahkan... tidak lupa juga buat ibu mentuaku Puan Hajah Hafsah, buat mama Puan Hajah Amimah, buat ibu pantai Puan Norbi Sidal, buat mak kulu Puan Hajah Yaumah, buat ibu panchor Puan Noor Hayati, buat makcikku Puan Noraini serta ibu2 saudaraku yang lain.... "SELAMAT HARI IBU" ..... sempena hari ibu aku menyediakan sebiji kek red velvet dan tiramisu untuk kami makan bersama2 di kg... harap2 semuanya berpuas hati ngan hasil tanganku....
Labels:
~ Hari Ibu ~,
~ Kek ~,
~ Resepi ~
Friday, February 25, 2011
~ 1 Malam ~
N3 kali nie cuma nak cerita bagaimana aku menyiapkan 3 kek dalam satu malam...mula2 nak buat 2 ajer kek...tapi sian kat anak2 juga mak ngan ayah...aku buat kek atas permintaan mereka... iaitu kek marble (kalau dulu kek bodoh ajer org kg. panggil...hehehehe bahasa org tua2 dulu)... aku terpaksa pakai dua oven... satu oven untuk bakar...satu lagi untuk kukus.... aku pun tak sangka aku boleh buat sampai 3 kek... tapi sian juga kat my hubby sebab melayan anak2... tapi bila bab2 nak mendeco... my hubby yang rajin nak tolong.... deco tu dia yang buat... cuma aku tolong tambah maner nak letak strawberrynya dan nak tulis atas kek tu... tq my hubby.... (tak lupa juga terima kasih banyak2 pada mak, ayah, makcik2ku serta adik2 saudaraku yang banyak memberikan semangat kepada aku)
Inilah hasilnya deco kami berdua... yg tengah nampak kurang cantik sikit...ader masalah.... (American Moist Cake)
Kek Marble (kalau org tua dulu2 panggil kek bodoh...heheheh)
Inilah hasil ketiga2 kek... tima kasih pada kekawan di bahagian yang sudi menempah kek dari saya....
Labels:
~ Kek ~
Monday, December 13, 2010
~ Kek Karamel ~
Percubaan pertamaku membuat kek karamel....nampak sedap sangat bila tengok ida dah buat kek karamel...jadi dengan penuh semangat aku pun mencubalah kek karamel....mula2 takut juga tak jadi...kejap2 tengok oven...ok ker kek aku nie....risau jugak....putera safwan pulak tak sabar2 nak makan....kejap2 tanya bila kek nak masak....akhirnya menjadi juga...tapi tak secantik maner pun...tapi rasa yummmmyy....memang sedap sangat.... bila dah masak orang pertama yang makan ialah putera safwan...sampai tak sempat nak sejuk...kejap2 dah buka peti sejuk nak makan juga kek tu....bila makan ajer terus bagitau (sedap ibu)....2 hari ajer dah habis kek ni...ramailah jugalah yang rasa...siap bawa balik kg....nak buat lagi.... tunggu.....
Inilah resepinya... (ambil dari blog http://dapurcomelku.blogspot.com)
Resepi Kek Karamel
Saiz 7x7
bahan2:
(A)
2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
*tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)
(B) - Bhagian Atas
1/2 tin susu cair FN
70gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur...(klu tmbah susu cair kena tmbah gak kuning telur)
(C) - Lapisan Kek
140gm tepung gandum
70gm gula kastor
3 bj kuning telur
135ml air biasa
1 sudu teh baking powder (guna sudu KFC)
45ml minyak msk
2 sb susu pekat manis
(D) Merinque
6 bj putih telur
70gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar (guna sudu KFC)
Cara menbuatnya:
1. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...
2. masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi.
3. pukul bahan (C)
4. pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang n bila kita angkat dia x jatuh...
5. campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..
6. bahgikan kpd beberapa bhgian n tak warna n paste klu nk..7. masukkan kedlm loyang yg td..
8. Bakar cara double boiling - selama 1jam suhu 160-180C
9. Bila msk angkat n rest 10 minit br t'balik kan kek yg dibakar tadi...
10.Masukkan dlm peti sejuk 1jam n lepas 2 mkn sejuk2...sedap...tahan dlm peti ais 5 hari tau....2 pun klu x abih d'makan...
Labels:
~ Ibu ~,
~ Kek ~,
~ Resepi ~
Subscribe to:
Posts (Atom)