Permata Hati

Permata Hati
Showing posts with label ~ Putera Danial ~. Show all posts
Showing posts with label ~ Putera Danial ~. Show all posts

Thursday, November 20, 2014

KEJAYAAN PERMATA HATI

Alhamdulillah bersyukur kepadaNya... kejayaan anak sulung kami memang tidak kami jangkakan.. memberikan kegembiraan buat kami sekeluarga atas kejayaannya... dah memberikan semangat buat adik-adik berjaya seperti beliau... satu kejayaan yang amat bermakna buat dirinyanya dan sangat membanggakan kami sebagai kedua ibu bapanya... Memang tidak dapat digambarkan betapa gembiranya hati, bila putera sulung kami iaitu Putera Danial diberikan Anugerah Tokoh Kurikulum dan Anugerah Tokoh Murid pada tahun 2014, Sekolah Kebangsaan Taman Seri Pagi, Seremban. Memang kami sudah mengetahui yang putera sulung akan mendapat Anugerah Tokoh Kurikulum sahaja. Kami tidak menyangka yang putera sulung diberi juga Anugerah Tokoh Murid pada tahun ini. Tiada kata-kata yang  dapat saya ucapkan, cuma linangan air mata bercucuran turun setelah dibacakan biodata putera kami. Gambar kenangan buat kami sekeluarga.

"Tahniah Permata Hati Kami - Putera Danial"


















Friday, July 1, 2011

~ Kelewatan ~

Sudah agak lama sebenarnya aku tak update blog nie... asyik update blog masakan ajer sampai dah terlupa banyak benda yang nak di ceritakan... kali nie nak cerita kelewatan menyambut hari lahir putera sulung kami...... maafkan ibu yer along... kali nie dia sibuk nak aku buatkan kek padang bola... setiap kali aku buatkan kek tempahan pasti anak2ku teruja nak kan kek sama masa sambut birthdaynya nanti... minggu lepas ari Sabtu malam Ahad aku mengadakan sedikit jamuan untuk menyambut birthday Putera Danial... cuma keluarga terdekat ajer yang kami undang.... Mama dan Babah sekeluarga, Maktam dan Paktam sekeluarga serta Mak Mertua dan Bapa Mertuaku (tapi dia orang tak datang sebab ada kenduri)... jamuan makan malam dengan Nasi Putih, Ayam Masak Kurma, Goreng Sambal Udang, Goreng Ayam Ala2 KFC... setelah selesai makan malam rehat dahulu... lepas tu barulah acara potong kek bermula...

Nielah rupanya keknya... (Padang Bola)

Ini pulak adik2 sepupuku

Birthday Boy....

Gambar bertiga beradik... Dayana tolong nyanyikan untuk abangnya...

Monday, June 6, 2011

~ 9 Tahun ~

Semalam genap sudah Putera Danial berumur 9 tahun (6/6/2011) ... masa berlalu begitu pantas sekali... rasanya baru semalam melahirkannya... ibu doakan semoga along beroleh kejayaan dunia dan akhirat, menjadi anak yang soleh, ibu dan ayah sentiasa mendoakan along dan adik2 sentiasa diberkati oleh yang maha esa... maafkan ibu, belum sempat nak buat kek untuk along.... insyallah nanti kita celebrate ramai2 yer....



" HAPPY BIRTHDAY PUTERA DANIAL"

Monday, June 14, 2010

~ Happy Birthday Putera Danial ~

Pada 6/6/2010 yang lalu putera sulungku menyambut hari lahir yang ke 8 tahun....Maaf sebab terlalu sibuk sampai lupa nak masukkan dalam blog nie....Selamat Hari Lahir Putera Danial...semoga tabah menghadapi segala dugaan dan rintangan yang yang maha esa.... kami buat sambutan hari lahir nie di kg...x derlah besar sangat sambutannya cuma kecil2lan aje....kek cuma tempek gambar upin & ipin ajer....tapi keknya memang best...(beli kat kedai baru di senawang).....


Inilah kek Putera Danial


Inilah birth boy tu.... Putera Danial


Inilah makngah yang sangat rajin tiupkan belon tu....

Inilah sebahagian makanan yang ader...serta sepupu yang celebrate tu.....