Permata Hati

Permata Hati

Monday, April 12, 2010

Contest Sweet Bonda


Syarat2nya:

1. Sila pandang ke sebelah kanan anda.. Atas sikit.. Okay.. Nampak tak itu banner SweetBonda.Com? Hehe.. Dengan hormatnye saya harap anda dapat 'copy & paste' banner tersebut di blog anda yang comel itu.. (dan biarkan ia di situ selama2nya.. *ihiks*) settle2. Silalah menjadi 'Follower' saya yang terhormat.. settle
3. Anda hendaklah membuat satu entri di blog anda tentang.. "Saya adalah Sweet Bonda kerana..."(buat yang dah berkahwin dan mempunyai anak) ataupun "Saya akan menjadi Sweet Bonda kerana..."(bagi yang baru/sudah berkahwin tetapi belum lagi mempunyai anak ataupun si anak dara.. *hehe*)
-Sila jadikan post anda ini 'sticky post ' di blog anda sehingga 5hb Mei 2010 ya..
4. Pastu tinggalkan mesej anda di ruangan komen di bawah entri ini (Nama, link blog anda, dan entri seperti yg di no. 3 tadi tu ye..) settle5. Emel juga di sweet.bonda@yahoo.com semua yang saya minta di no.4 settle
6. Selepas tu anda boleh teruskan kehidupan rutin anda dengan tenang dan gembira dan menanti keputusan contest ini pada 8hb Mei 2010.. (Contest ini akan berakhir pada pukul 12mlm 5hb Mei 2010)

Saya adalah Sweet Bonda kerana saya mempunyai tiga orang cahaya mata, 2 putera seorang puteri. Yang sulung bernama Putera Danial berumur 8 tahun, yang kedua bernama Putera Safwan berumur 5 tahun dan puteri bongsu bernama Puteri Dayana berumur 9 bulan. Alhamdullilah kehidupan saya seorang isteri dan ibu kepada anak-anak sangat membahagiakan. Saya juga amat bersyukur dan berbesar hati kerana ketiga-tiga anak saya mendapat susu ibu sepenuhnya. Walaupun saya berulang alik dari Seremban ke Kuala Lumpur untuk bekerja, tetapi anak-anak tetap mendapat bekalan susu dari saya. Saya akan pastikan bekalan susu yang saya tinggal mencukupi buat mereka. Alhamdulillah, kedua-dua putera saya amat menyayangi dan mendengar kata. Pelajarannya juga amat memberangsangkan. Sekarang puteri saya masih lagi menyusu badan. Semoga apa yang ibu hajati suatu hari nanti pasti akan tercapai. Ibu bangga memiliki anak-anak seperti kalian.

2 comments:

Lin Chalo said...

thanks for joining the contest ya.. :D wish u all the best!

- Suraya - said...

tq lin....