Permata Hati

Permata Hati

Tuesday, May 18, 2010

~ Kuala Gandah ~

15 dan 16 Mei 2010 kami sekeluarga bercuti ke Kuala Gandah, Pahang. Anak2 seronok bila ayahnya beritahu yang hujung minggu akan bercuti di Kuala Gandah, sambil ayah bercerita yang boleh bagi makan rusa, pegang beruang, pegang gajah, naik gajah dan mandikan gajah sekali (x dapat mandikan gajah kerana air sungai dalam...huhuhu (sedihnya)....apa lagi seronoklah dia orang.... Hari Sabtu pagi2 lagi anak2ku dah bangun, masing2 dah tak sabar nak pergi....Kami bertolak dari Seremban jam 8.00 pagi, berkumpul di R&R Genting Sempah..sambil menunggu lagi beberapa orang yang belum sampai sempat juga kami bersarapan di situ....Dari R&R Genting Sempah kami bertolak ke tempat yang dituju bersama2 dengan 14 buah kereta kesemuanya....(seronok juga sekali-sekali berkonvoi ramai2 nie)...Perjalanan kami diteruskan ke Deerland dahulu....memang seronok bila masuk ke kawasan Deerland tu....pertama sekali terus ke tempat rusa...dapat bagi rusa makan...budak2 hanya beri makan diluar...orang dewasa di dalam kawasan rusa....memang best bila tengok rusa tu tengok berdiri nak ambil makanan....lepas tu ke tempat ular pula....my hubby siap pegang ular lagi....(geli pulak tengok luar tu)....akhirnya sekali ke tempat beruang.... best sangat dapat pegang beruang...lembut betul bulu kat badan dia.... bolehlah layan gambar2 di Deerland nie.....

Inilah gambar2 di Deerland

Setelah habis lawatan di Deerland kami terus ke tempat penginapan. Selepas makan tengah hari kami semua ke bilik2 masing....Pukul 2.30 petang ada taklimat mengenai kawasan perhilitan Negeri Pahang serta lawatan ke muziumnya untuk melihat sendiri binatang2 yang telah di awetkan.....hanya my hubby ngan putera2 ajer yang pergi, aku, puteri serta ibu2ku apa lagi (zzzzzzzzzzzzzzlah dalam bilik).... Malamnya pula ada tayangan video mengenai binatang2 serta tumbuh-tumbuhan yang terdapat di dalam kawasan itu.... ia perlu dijaga dengan baik....

Inilah pula gambar tempat penginapan dan muzium perhilitan serta kawan2 yang pergi.....


Pagi 16 Mei 2010 kami pun bertolak pula ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah....sebelum kami ke tempat gajah...kami semua ke tayangan video, bagaimana cara2 untuk menangkap gajah2 untuk di hantar ke Taman Negara....selepas itu barulah kami ke tempat di mana2 terdapat beberapa ekor gajah.... di situ kami diberikan penerangan mengenai gajah2 serta diberi peluang kepada kami untuk memberi gajah makan.... berpeluang juga naik gajah (tapi mandi gajah x boleh sebab air sungai deras)... putera & puteriku ku seronok tengok gajah tu.... (siap bagitau nak pergi lagi).... Memang seronok sangat anak2ku.... Nak ucapkan terima kasih juga pada Kak Bi, Kak Ika kerana sudi mengajak kami sekeluarga untuk ikut serta konvoi ini...jika ada lagi ajak2 kami....

Layanzzzzz pula gambar nie....memang seronok...

No comments: