Permata Hati

Permata Hati

Monday, May 9, 2011

~ Hari Ibu ~

8 Mei 2011 merupakan Hari Ibu... buat ibuku tersayang Puan Hajah Siti Habsah aku amat menghargai jasa dan pergorbananmu selama ini... dari aku kecil sehinggalah aku sudah menjadi ibu... aku amat berterima kasih atas tunjuk ajar serta kasih sayang yang diberikan.... aku rasa masih belum terbalas segala pengorbanan yang kau curahkan... tidak lupa juga buat ibu mentuaku Puan Hajah Hafsah, buat mama Puan Hajah Amimah, buat ibu pantai Puan Norbi Sidal, buat mak kulu Puan Hajah Yaumah, buat ibu panchor Puan Noor Hayati, buat makcikku Puan Noraini serta ibu2 saudaraku yang lain.... "SELAMAT HARI IBU" ..... sempena hari ibu aku menyediakan sebiji kek red velvet dan tiramisu untuk kami makan bersama2 di kg... harap2 semuanya berpuas hati ngan hasil tanganku....



Kek ini resepi dari blog kakzai (teratakimpian).... tq kakzai...

RESEPI RED VELVET CAKE
source : joy of baking
terjemahan : hanamemories.blogspot.com
Sumber III : @Teratakimpian

Bahan-bahan

Bahan Kek
• 250g tepung kek *
• 1/2 sk garam *
• 15g @ 2 sudu besar serbuk koko * (bahan * ayak)
• 113g @ 1/2 cawan butter
• 160g gula kastor - resepi asal 300g
• 2 biji telur gred A - hana gune 3 biji size M
• 1sk esen vanila
• 240ml @ 1 cawan buttermilk - jika tiada ikut cara dibawah
• 2sm liquid merah @ 4sm serbuk pewarna merah - hana buh 1sm jer - bleh ltk 2sm
• 1 sk cuka
• 1 sk soda bikarbonat
Cream Cheese Frosting
• 227g cream cheese
• 227 mascarpone - hana ganti cream cheese
• 115g @ 1 cawan gula kastor
• 360ml @ 11/2cawan whipping cream
• hana tambah susu segar sedikit utk frosting yg agak lembut
Chocolate Ganache Frosting..
• 114 grams cooking chocolate...dipotong kecik2 dan masukkan dalam mangkuk..
• 90 ml whipping cream
• 1/2 sudu besar butter...

Cara-cara
• Cara penyediaan buttermilk - Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15min sehingga susu jadi agak pekat. Boleh gantikan cuka dengan jus lemon atau cream of tartar dgn sukatan yang sama.
• Panaskan oven suhu 170darjah celcius. Sapu loyang dengan butter.
• Dalam mangkuk, satukan gula dan juga butter. Pukul hingga lembut lebih kurang 1-2minit.
• Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar hingga kembang dan gebu.
• Dalam cawan buttermilk satukan dengan pewarna merah dan kacau sebati hingga pewarna tidak berketul2.
• Kurangkan kelajuan mixer, masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk sebanyak 3 kali. (tepung,buttermilk,tepung,buttermilk,tepung)
• Mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat dan juga cuka hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balikkan sebati.
• Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40min atau sehingga masak. Cucuk lidi dahulu untuk memastikan kek masak. Jika bersih tandanya sudah masak.
• Sejukkan di atas redai kemudian belah 3 atau 4 bahagian.
• Sementera menunggu kek sejuk, sediakan cream cheese frosting. Satukan creamcheese dan mascarpone cheese dan putar sehingga smooth. Masukkan pula gula dan juga esen dan terus memukul hingga smooth lagi. Sapukan setiap lapisan kek dan hias ikut suka.
• Sejukkan di dalam peti ais dahulu untuk kenikmatan yang berganda.
• Sebelum tuang ganache coklat perlu diputarkan whipping cream + butter dimasukkan kedalam bekas yang sesuai dan dimasak diatas api kecik sehingga mula mendidih...
• Tuangkan kedalam cooking chocolate ...kacau sebati sampai chocolate cair.....
• Chocolate Ganache....siap dah...
• Keluarkan kek semula kemudian bolehlah dituang coklat ganache.
• Potong dan hidangkan.

No comments: