Permata Hati

Permata Hati

Thursday, January 26, 2012

~ Dugaan Awal Tahun ~

Inilah dinamakan dugaan awal tahun, setelah kami sekeluarga semua dikuarantin akibat sakit mata.. habis dah semuanya di serang oleh penyakit yang berjangkit ini... mula2 anakandaku yang sulung dulu kena, kemudian ibuku, puteriku, aku, dan sekarang nie putera keduaku pula...yang paling sedih bila tengok puteri sampai sekarang masih belum sembuh lagi...matanya sampai luka di dalam, bengkaknya dah nampak susut sedikit... sakit mata nie yang paling teruk sebab sampai bengkak mata... aku pula kedua2 sekali... aduhai nak tenung laptop lama2 pun sama berair mata... harap2 minggu depan semuanya akan baik seperti sediakala... awal2 tahun anak aku dah bercuti dan aku dah ader mc...ingat azam tahun baru x naklah mc awal tahun...tapi nak buat cam maner...dah tertulis... segala dugaan dan rintangan ditempuhi dengan tabah...

Monday, January 9, 2012

Kelas Kek Hiasan

Awal tahun 2012 dengan penuh semangat dan azam baru aku mengikuti Kelas Kek Hiasan oleh Hanan Bakery, Taman Ampangan, Seremban... bagi meningkatkan lagi ilmu pengetahuan mengenai cara membuat kek dengan betul... biasanya tengok2 ajer blog2 kawan2 dan belajar di internet sahaja... kelas kali nie cuma tiga orang sahaja... aku, Kak Nana (dari Labu) dan Linda (kawan sekolahku)... alhamdulillah kelas ini berjalan dengan lancar... kelas bermula jam 10.00 pagi sehingga 5.30 petang dengan menghasilkan 3 biji kek... memang amat berbaloi mengikuti kelas ini... kami diajar membancuh kek, melepa kek dan menghias kek dengan betul... semuanya kami buat... cuma Hayati terangkan ajer... yang tak tahan kami nak mendeco bunga ngan bakul lah.. fuhhhh memang menggigil buat bunga... tapi akhirnya kami berjaya juga... terima kasih banyak2 pada cikgu Hayati atas tunjuk ajar yang diberikan dan halalkan segala ilmu yang diberikan kepada kami... untuk maklumat lanjut mengenai Hayati boleh lawat laman web nie http://bahulutikir.blogspot.com/ ... dah penat menceceh jom layan gambar kami.... heheheh


Kami tengah membancuh adunan dan loyang yang digunakan...

Mendeco Kek Black Forest

Kek yang memang memerlukan kesabaran membuatnya...kek bakul dan bunga... menggigil...



Sunday, January 1, 2012

Selamat Tahun Baharu 2012

Perginya 2011 menjelmanya 2012... terima kasih padaNya diberikan kesempatan... semoga aper yang aku usahakan mendapat keberkatanNya...