Permata Hati

Permata Hati

Tuesday, July 19, 2011

~ Merah, Hitam, Putih ~




Walaupun pada sebelah tengah harinya ada kenduri tahlil... persiapan untuk sambutan birthday princess dan mak ngah bell pun bermula... sebenarnya excited bila berbincang nak adakan majlis Birthday Princess... persiapan mengalahkan orang nak buat kenduri kahwin (hehehehe)... nak beli baju, nak buat goodies, nak sediakan makanan, nak gantung2 belon dan macam2 lagi... alhamdulillah berkat usaha adik2 sepupuku akhirnya majlis ini berjalan dengan penuh happening.... mama jie dan umi anis jadi birthday plannernya... mari kita layan pic2 sewaktu menyediakan persiapannya....





Nie invation card yang dibuat oleh mama jie dan umi anis... cantik... tq...

Ini baju princess... saya beli online ajer http://manjakuhappy.com/


Belon dan goodiesnya... (tq juga pada Nurdiana bg sedikit belon putih, hitam dan merah)






Ayah, Nenek, Nek Ma, Nek Cik, Auntie dan Iman pun sama2 tiup belon....




Inilah hasilnya.... tq semua....
Gambar ibu membaking kek lupa lak nak ambik....
* tak sabar nak tengok gambar2 yang daddy ambik...bila nak update daddy...ibu nak curi...heheheh

Tuesday, July 12, 2011

~ Happy Birthday Princess ~

Hari ini genap sudah 2 tahun umur puteri kesayangan kami... rasanya masih terbayang2 dari awal aku mengandungkannya... memang terlalu banyak dugaan dan rintangan yang aku tempuhi... dari awal mengandung aku mengalami alahan yang teruk sehinggalah aku nak melahirkannya... pengalaman yang memang takkan aku lupa sampai bila2... puteri juga mengalami penyakit alahan yang sangat teruk, dia langsung tidak boleh makan telur dan santan... pernah semasa dia berumur 2 bulan lebih dia mengalami alahan yang teruk sehingga seluruh badannya menjadi lemah... masa nie aku tak tahulah berapa banyak air mata aku yang keluar... aku berdoa semoga puteri akan sembuh dari penyakit alahannya apabila umurnya semakin meningkat.... "Selamat Hari Lahir Puteri Dayana"







Inilah dia puteri kesayangan kami... curi daripada hasil tangan daddy http://www.capturistique.com/





Puteriku dah pandai bergaya... lihatlah aksinya...

* Nak sediakan persiapan untuk birthday puteri... nanti di entri akan datang... harap2 semuanya berjalan lancar

Friday, July 1, 2011

~ Kelewatan ~

Sudah agak lama sebenarnya aku tak update blog nie... asyik update blog masakan ajer sampai dah terlupa banyak benda yang nak di ceritakan... kali nie nak cerita kelewatan menyambut hari lahir putera sulung kami...... maafkan ibu yer along... kali nie dia sibuk nak aku buatkan kek padang bola... setiap kali aku buatkan kek tempahan pasti anak2ku teruja nak kan kek sama masa sambut birthdaynya nanti... minggu lepas ari Sabtu malam Ahad aku mengadakan sedikit jamuan untuk menyambut birthday Putera Danial... cuma keluarga terdekat ajer yang kami undang.... Mama dan Babah sekeluarga, Maktam dan Paktam sekeluarga serta Mak Mertua dan Bapa Mertuaku (tapi dia orang tak datang sebab ada kenduri)... jamuan makan malam dengan Nasi Putih, Ayam Masak Kurma, Goreng Sambal Udang, Goreng Ayam Ala2 KFC... setelah selesai makan malam rehat dahulu... lepas tu barulah acara potong kek bermula...

Nielah rupanya keknya... (Padang Bola)

Ini pulak adik2 sepupuku

Birthday Boy....

Gambar bertiga beradik... Dayana tolong nyanyikan untuk abangnya...