Permata Hati

Permata Hati

Friday, May 27, 2011

~ Rezeki Hari Jumaat ~

Memang saya tak menyangka... tiba2 pagi nie terima bungkusan courier dari luar... bila tengok nama ajer... oh aku punya rupanya... masih belum perasan lagi... tapi bila nak tandatangan pengesahan borang penerimaan baru perasan dari Syarikat Wipro Unza (Malaysia) Sdn. Bhd. mesti kawan2 tertanyakan apa yang saya terima... inilah dia hadiah yang saya terima



v


v


v


v


v


v



2 keping tiket wayang... tengok citer aper yer????



v



v



v






Ihsan dari Google




Citer yang memang mendapat sambutan ramai... pernah bgtau my hubby nak pergi tengok... dia macam wat tak tahu ajer.... sedih tau... bila ader member2 yang pergi tengok... tapi agaknya dah memang rezeki nak tengok filem nie... dapatlah akhirnya... kawan2 mesti nak tahu cam maner leh dapatkan....heheheh .... sebenarnya dapat mesej di fb dari fb Dashing ForMen... memang tak pernah add pun... tapi memang rezeki saya nak menang kut (heheheh) mula2 macam takut2 jugak nak berikan maklumat semuanya... tapi bila call tanya hanya untuk simpanan mereka... tak perlah... saya pun ikutlah syarat2 yang diingini... semalam bgtau my hubby.. dia pun macam tak percaya ajer... dia lagi menakutkan saya... dia kata entah2 dia tipu tak??? lagilah buat saya cuak ajer... alih2 pagi nie.. budak courier hantar... uwauuuuu seronoknya... maner taknya memang tak pernah menang pun benda2 macam niekan... dah plan hari ahad nie nak pergi ngan adik2 sepupu dan anak2ku tak lupa juga my hubby.... itulah dia rezeki hari jumaat... alhamdulillah.... semoga segala usaha aku mendapat keberkatan dariNya...

Thursday, May 19, 2011

~ "IBU & ANAK SEDONDON!" ~




Semoga anak2ku menjadi anak yang soleh dan solehah.... dikaulah permata hati ibu.....


Nama Anak: Puteri Dayana binti Mohd. Sahiszaffar
Nama Ibu: Fatin Suraya @ Wati binti Hashim
Umur Anak: 1 tahun 10 bulan


Saya tag pada:
Nurdiana
Idaz
Etiey
Kartini
Cute Mum

Syarat2nya:
1. Letak 1 pic ibu & anak yg berpakaian warna sedondon dan dgn pose yg plg menarik perhatian; ~done~
2. Buat entry khas sempena Hari Ibu; ~done~
3. Jadi followers blog ini; ~done~
4. Letak banner ini di entry tersebut dan juga di sidebar blog; ~done~
5. Tinggalkan link entry contest kat ruangan komen contest ini; ~done~
6. Mesti berada di Malaysia; ~done~
7. Pic anak yg berumur bwh 6thn; ~done~
8. Tag kpd kwn2, dan ~done~
9. Sertakan nama anak, nama ibu dan tarikh lahir anak. ~done~

Tarikh Tutup: 11 Mei hingga 1 Jun 2011

~My Cute Little Diary 1st Anniversary Giveaway~


Saya merupakan seorang ibu kepada dua orang putera dan seorang puteri yang berkerjaya... anak2 saya mendapat sepenuhnya susu ibu... saya sangat suka memasak dan mencari kenalan baru...


Saya rasa dah lama juga saya mengikuti blog Cute Mum nie... saya sangat seronok bila membaca blog ini.... suka sangat bila baca citer dania dan aksi2 dania... bukan dania ajer... mummynya pun sama... walaupun kenal melalui maya..... untuk mummy dania... Selamat Ulang Tahun buat blog Cute Mum...


Tarikh tutup: 23 Mei 2011 jam 12 tengah hari....


Monday, May 9, 2011

~ Hari Ibu ~

8 Mei 2011 merupakan Hari Ibu... buat ibuku tersayang Puan Hajah Siti Habsah aku amat menghargai jasa dan pergorbananmu selama ini... dari aku kecil sehinggalah aku sudah menjadi ibu... aku amat berterima kasih atas tunjuk ajar serta kasih sayang yang diberikan.... aku rasa masih belum terbalas segala pengorbanan yang kau curahkan... tidak lupa juga buat ibu mentuaku Puan Hajah Hafsah, buat mama Puan Hajah Amimah, buat ibu pantai Puan Norbi Sidal, buat mak kulu Puan Hajah Yaumah, buat ibu panchor Puan Noor Hayati, buat makcikku Puan Noraini serta ibu2 saudaraku yang lain.... "SELAMAT HARI IBU" ..... sempena hari ibu aku menyediakan sebiji kek red velvet dan tiramisu untuk kami makan bersama2 di kg... harap2 semuanya berpuas hati ngan hasil tanganku....



Kek ini resepi dari blog kakzai (teratakimpian).... tq kakzai...

RESEPI RED VELVET CAKE
source : joy of baking
terjemahan : hanamemories.blogspot.com
Sumber III : @Teratakimpian

Bahan-bahan

Bahan Kek
• 250g tepung kek *
• 1/2 sk garam *
• 15g @ 2 sudu besar serbuk koko * (bahan * ayak)
• 113g @ 1/2 cawan butter
• 160g gula kastor - resepi asal 300g
• 2 biji telur gred A - hana gune 3 biji size M
• 1sk esen vanila
• 240ml @ 1 cawan buttermilk - jika tiada ikut cara dibawah
• 2sm liquid merah @ 4sm serbuk pewarna merah - hana buh 1sm jer - bleh ltk 2sm
• 1 sk cuka
• 1 sk soda bikarbonat
Cream Cheese Frosting
• 227g cream cheese
• 227 mascarpone - hana ganti cream cheese
• 115g @ 1 cawan gula kastor
• 360ml @ 11/2cawan whipping cream
• hana tambah susu segar sedikit utk frosting yg agak lembut
Chocolate Ganache Frosting..
• 114 grams cooking chocolate...dipotong kecik2 dan masukkan dalam mangkuk..
• 90 ml whipping cream
• 1/2 sudu besar butter...

Cara-cara
• Cara penyediaan buttermilk - Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15min sehingga susu jadi agak pekat. Boleh gantikan cuka dengan jus lemon atau cream of tartar dgn sukatan yang sama.
• Panaskan oven suhu 170darjah celcius. Sapu loyang dengan butter.
• Dalam mangkuk, satukan gula dan juga butter. Pukul hingga lembut lebih kurang 1-2minit.
• Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar hingga kembang dan gebu.
• Dalam cawan buttermilk satukan dengan pewarna merah dan kacau sebati hingga pewarna tidak berketul2.
• Kurangkan kelajuan mixer, masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk sebanyak 3 kali. (tepung,buttermilk,tepung,buttermilk,tepung)
• Mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat dan juga cuka hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balikkan sebati.
• Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40min atau sehingga masak. Cucuk lidi dahulu untuk memastikan kek masak. Jika bersih tandanya sudah masak.
• Sejukkan di atas redai kemudian belah 3 atau 4 bahagian.
• Sementera menunggu kek sejuk, sediakan cream cheese frosting. Satukan creamcheese dan mascarpone cheese dan putar sehingga smooth. Masukkan pula gula dan juga esen dan terus memukul hingga smooth lagi. Sapukan setiap lapisan kek dan hias ikut suka.
• Sejukkan di dalam peti ais dahulu untuk kenikmatan yang berganda.
• Sebelum tuang ganache coklat perlu diputarkan whipping cream + butter dimasukkan kedalam bekas yang sesuai dan dimasak diatas api kecik sehingga mula mendidih...
• Tuangkan kedalam cooking chocolate ...kacau sebati sampai chocolate cair.....
• Chocolate Ganache....siap dah...
• Keluarkan kek semula kemudian bolehlah dituang coklat ganache.
• Potong dan hidangkan.